expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 9 July 2012

dakwah yg menambah dosa


dakwah yg menambah dosa..ade ke?hmmmm

 bismillahirrahmanirrahim..

dakwah adalah sunnah.."sampaikanlah dariku walau pun satu ayat"
(hadis riwayat bukhari)
ya memang sunnah..dan pahalanya amat sangat dan sungguh besar..
haa nak cakap besarnye pahala tu..^_^
tapi caranya haruslah bertepatan dengan syariat..
dakwah yg menambah dosa tu macam mane ye??
contohnya dakwah di facebook yg memaparkan gambar wanita yg tidak menutup aurat..
kononnya tujuannya adalah utk menegur mereka yg tidak menutup aurat dan kesalahan-kesalahan semasa menutup aurat.

"jangan pakai baju ketat" " tudung mesti menutupi dada"

sedangkan disitu memaparkan gambar gadis yg tidak menutupi dada dan berpakaian ketat..
siap edit letak anak panah ini tidak boleh dalam islam..
hurmm sedangkan apa yg sedang dibuat juga tidak dibenarkan..
dengan menutup  mata gadis tu pon tidak ada membawa sebarang perbezaan pon..
aurat dia masih lagi terlihat disitu..
apa yg tidak boleh dilihat diluar tidak boleh juga dilihat di dalam gambar..
tetap berdosa..
 dan yg sharekan kepade org lain pon akan dapat share dosa menyebarkan aurat gadis tersebut..



hurmm ok..mungkin anda akan cakap
" niat dia baik"..
tapi sahabat semua..
niat tidak menghalalkan cara..
contoh berjudi untuk bersedeqah..
itu tidak boleh disissi islam..
banyak lagi cara lain yg kita bole guna..
bubuh la gamba kartun..atau patung..
ingat allah akan buka aib kita jika kita membuka aib orang lain..
dan allah itu menepati janji..
"siapa yg menutup aib seorang muslim..
allah akan tutup aib dia didunia dan akhirat"
( hadis riwayat muslim)
contoh dakwah yg betul x perlu guna gambar gadis sebenar pon :)


mungkin juga ada orang kata padan la muka budak tu masa buat tak tau malu..
anda siapa utk menghakimi dia?
ya dia memang salah..
tapi harus kita ingat kita tidak patut judge masa silam orang..
dan hari ini akn menjadi masa silam utk hari esok..
mungkin dia akn lebih baik dari kita pada hari esok..
tugas kita hanyalah dengan menegur..
tapi...dengan niat dan cara yg betul..
bercakap dengan dia..
bukan dengan mengambil gambarnya tanpa izin dan share kepade semua orang..

"kubur lain-lain"jika anda terkena kata-kata yg menusuk kalbu ini..
maka sabarlah..berdakwah memang penuh cabaran..:)
cuba lagi dan lagi..jangan pernah jemu berdakwah..
sesuatu yg keras tidak boleh dibalas dengan keras..
nanti akan patah..insyallah dengan berkat usaha kita..
allah bukakan hatinya..:)
dan waktu itu andalah manusia yg paling beruntung..:)

"hurmmm dia ni comfirm masuk neraka"
janganlah kita jadi masyarakat yg menentukan siapa masuk neraka..
syurga atau neraka seseorang itu allah yg tentukan..
atas rahmatNya kita ke syurga..bukan kerna amal yg kita lakukan..
namun jangan pula
"oo masuk kerna rahmat jadi utk apa beramal"
kita beramal tanda kita cintakan allah dan mensyukuri nikmatnya..
dan allah adalah sebaik-baik cinta yg ada..

dan kesan dari kita yg tersalah cara dakwah
andai satu hari gadis tersebut telah berubah..
dan dia tidak pernah tahu pon yg anda telah edit atau share gambarnya..
gadis tersebut login fb tiba-tiba terpampang gambar waktu dia masih jahil..
menitislah air mata seorang gadis yg telah bertaubat..
saat itu tidak ada lagi yg boleh menghentikan gambar itu dari terus tersebar..
"telajak perahu masih boleh diundur lagi,telajak share tidak boleh ditarik lagi.."
haa pepatah baru dalam bahasa melayu tu..sila amik note..:p

so..sahabat semua sebelum kita ingin dakwah pastikan caranya betul..
dan sebelum kita share..fikir betul-betul..

cubaku menyahut seruan allah yg esa..
dengan mengamalkan sunnah kekasihnya..
namun kadangkala kerna terlalu teruja..
aku tersalah menuju jalannya..
kini telah aku sedari titah yg sebenarnya..
ampunkan kami ya allah tuhan pencipta..
terimalah taubat kami yg tersasar mencari cinta..
amin ya rabb amin ya rabbana.:'(






*~ islam itu indah..senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah..kerna syurga itu indah~* :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...