expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 11 June 2012

warkah buatmu sahabat



bismillahhirrahmanirahim...
assalamualaikum sahabatku..
yg sentiasa hadir dlm doaku...
warkahku ni buat sahabat-sahabatku yg aku sanjungi..



sahabatku..
disini aku ingin memberitahu..
bahawa aku amat menyayangimu..
dan aku rasa bersyukur punya sahabat seperti kamu..



sahabatku..
andai saja kamu tahu..
aku amat mengagumi kamu..
namun hati rasa malu utk mengatakan itu..
aku mengagumi tingkahmu..tuturmu..taqwamu..
sehingga kadangkala aku turut cemburu..
namun cemburuku bukanlah utk menjatuhkanmu..
sebaliknya aku ingin seperti kamu..



sahabatku..
maafkan aku kadangkala aku membicarakan tentang masalahku..
namun terlupa utk mendengar masalahmu..
maafkan aku..kerna saat itu aku terlupa kamu jga sebenarnya buntu..
aku hanya ingin berkongsi dukaku..
kerna aku tenang bila mendengar tuturmu..



sahabatku..
andai saja suatu hari nanti..
bicaraku mengguris hati kecilmu..
maafkan aku..bukan niatku utk menyakiti kamu..
dan tidak pernah terlintas dihatiku utk menyakitimu ..
namun  itu kelemahan manusia dalam menjaga hati..
dan mungkin aku tidak tahu bahawa itu menyakiti kamu..
maafkan aku wahai sahabat.



sahabatku..
jika kamu sedang dalam kesedihan..
ingatlah aku selalu ada utk menangis bersamamu..
jika kau perlukan bantuan..
kamu ada aku utk menghulurkan tangan bersama menyelesaikan..
kerna aku tahu kamu jga akn selalu ada utkku..
saat aku dalm kesusahan..
saat aku dalm kebimbangan..



sahabatku..
saat ujian hadir menjelma..
menguji tali persahabatn kita..
aku harap kamu tidak terburu-buru menjauhiku..
tidak mungkin aku melukakan teman seperjuanganku..
kerna tawamu adalh tawaku..dukamu adalh dukaku..
makanya aku mohon jika ujian hadir menerpa..
dengarlah penjelasanku..
mugkin itu cuma angkara si durjana yg penuh cemburu didada..



sahabatku..
seandainya fitnah menghiasi hariku..
aku harap kamu yg pertama menidakkan semua itu..
kerna seorang sahabat pasti mengenali sahabatnya..
aku harap kamu tidak akn turut membiarkn fitnah itu terus menjalar menerusi telinga manusia..
sokonganmu amat ku harapkan kerna kau penguatku..
menguatkan diriku yg kelemahan utk menegakkan kebenaran yg tersimpan..



sahabatku...
bawalah aku menuju syurga bersamamu..
dengan tali persahabatan yg telah terbina.
nasihatilah perilakuku serta pergaulanku..
kerna aku juga manusia yg mudah lupa..
aku juga sedang bertatih mencari redhonya..
jangan biarkan aku sendiri dihanyut arus dunia..
genggamlah tanganku agar tidak aku tejatuh pada pesona dunia



sahabatku...
ku ingin berterima kasih padamu..
kerna telah menjadi sahabat yg terindah buatku..
menerima segala kekuranganku sebagai sahabatmu..
selalu ada buatku..
memahami hati ku..
dan selalu menceriakn hariku..
terima kasih ku ucapkan..
kaulah sahabatku kaulah temanku..
 
 

sahabatku..
diakhir bicaraku ini..
aku berharap kamu akan terus disisiku..
biar dunia menolakku..namun kamu ada bersamaku..
menangis bersamaku..
mengerti perasaanku..
dan selalu menasihati aku..
doaknlah yg terbaik buatku..
kerna kamu selalu ada dlam doaku..
moga allah selalu menjaga kamu..
agar kamu akn ada utkku ..
wahai sahabatku..:)




*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...