expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 27 April 2012

air mata seorang insan


gelapnya dunia seakan memakan diri  yg kelemahan..
langit yg kebiruan..dilihat samar tiada warna keceriaan..
putihnya awan dilihat mendung tiada keindahan..
kicauan burung seolah mendendang lagu kesedihan..
semakin cuba dilupakan..
semakin deras air mata jatuh berguguran..
perihnya jiwa cuba menyembunyikan..
cuba tersenyum dalam keperitan..
namun mata x mampu menipu seorang insan..
tergambar segala kepedihan..


seluruh dunia menafikan..
seluruh dunia menidakkan..
seluruh dunia meninggalkan..
tiada yg tertinggal menusuk perasaan..
masih gigih cuba mengukir senyuman..
namun hati tidak tertahan..
kembali terperuk bersama tangisan..
menanggung fitnah bersama tuduhan..



jiwa menjerit mohon kepercayaan..
namun jeritan hati tiada kedengaran..
harapan disandar kepada insan kesayangan..
yg bergelar keluarga dan teman..
namun mata tidak bisa melihat kebenaran..
oleh palsu fitnah dan tunduhan..



sedang dunia bergelak tawa..
seakan waktu terhenti tiada daya..
seakan aku lupa erti ketawa..
seakan kulupa erti bahagia..
jatuh tersungkur segala kekuatan dijiwa ..
terkulai lemah keteguhan sukma
dek tuduhan insan penuh kebencian didada..



bagaimana mungkin utk meneruskan..
bila insan kesayangan turut membenarkan tuduhan..
begitu kuat tamparan dirasakan..
menghempas kehidupan seharian..
hilang semua kekuatan..
hancur semua kepercayaan..
luluh jiwaku kehampaan..
tersedu sendirian tiada berteman..



namun..dalam kepedihan jiwa..
ku temui satu cahaya..
cahaya yg telah lama dinantikan..                                                             
bertasbih hati di malam syahdu kegelapan..
lidah menyusun barisan madah kepada arRahman..
lantas ketenangan merusup masuk ke hati yg kelelahan..
tersingkap semua keindahan..
dalam berserah kepada pemberi ampunan



hidup diteruskan dalam tomahan..
setelah sekian  lama masa diperuntukkan.
utk menghadapi mehnah dalam tuduhan..
meski perit ku iringkan bersama kekuatan..
datangnya dari allah..tuhan sekalian insan..
dkirimkan buatku kesabaran..
namun air mata tetap setia meneman..
kala jiwa ditusuk pedang tomahan..



terlalu sulit utk ku lupakan..
terlalu payah utk ku maafkan..
meski kau sudah menerima balasan..
hampir kehilangan semua keindahan..
namun hati belajar merelakan..
mungkin tuhan ingin memberi pelajaran..
agar bijak dalam memberi kepercayaan..



kususun langkah meniggalkan segala kesedihan..
ku bina segala kekuatan demi kebenaran..
walau hati masi terkilan..
dua insan masih membenarkan segala tuduhan..
tiada yg memperjuangkan kebenaran dalam kezaliman..



kemaafan tidak meniti dibibir peragut kepercayaan insan..
namun diri bukan sepertimu duhai insan..
tetap merelakan dalam erti kemaafan..
walau peritnya tidak bisa digambarkan..
terima kasih kuucapkan..
ku temui cahaya dalam lemparan tuduhan..
berharap engkau juga temui cahaya keredhoaan..:')






*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)






Wednesday 25 April 2012

hati wanita ini yg kau lukai


deru angin malam mengelus lembut pipi yg kebasahan...
mengeringkan mutiara yg mengalir di wajah kesedihan..
pandangan dilontar ke persisir lautan kekeringan..
sunyinya pantai ditnggalkan ombak kerinduan..
kesetiaan hanya tinggal kenangan..
sendirian pantai ditemani kegelapan..

hadir ombak tiada di diduga..
perginya juga tanpa rela..
meniggalkan kenangan bersama tanda..
peritnya luka yg kau tinggalkan dijiwa..
bersama cinta yg meluluhkan sukma..

sendirian diri meratap rindu..
sendiriaan diri memendam pilu..
sendirian diri mengubati qalbu..
sendirian diri memegang janjimu..


kugagahi diri melangkah menuju ke persimpangan ..
sejadah menjadi tempat persinggahan...
dimalam yg sunyi tanpa peneman..
kepada allah tempat luahan..
demi mengurangkan kepedihan..
yg telah engkau tinggalkan..

kugagahi diri utk melupakan..
namun terlalu sukar buatku melakukan..
hanya kemaafaan bertamu dipersisir lautan..


hilang sudah semua kepercayaan..
luntur sudah semua kasih sayang..
tandus sudah hati seorang perempuan..
tiada indah lg sebuah lautan..


hadir kembali ombak kerinduan..
namun pantai seolah kebisuan..
kebingungan dalam kesedihan..
kehadiran yg lama dinantikan..namun sayang..
penantian itu terlalu lama ditinggalkn..
hingga tiada lg dihati tempat persinggahan seorang insan..


hati wanita yg telah kau lukai..
hati wanita ini yg telah tertipu oleh janji..
hati wanita ini yg telah dilumuri benci..
hati wanita ini yg telah dicalari..
hati wanita yg telah diguris oleh kau wahai lelaki..
hati wanita ini...!!!

pergilah ombak kerinduan ..
pergilah bawa semua luka dan kenangan..
pergilah jauh dari persisir lautan..
biarkn ombak keikhlasan yg datang menemankn..
biar sedetik kebersamaan..
namun tidak meenyakitkan..
biar ku simpan tempat persinggahan ini buat ombak keikhlasan..

*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)

berjuang dimedan ilmu


duhai teman duhai rakan seperjuangan..
ilmu itu harus ada pada seoang insan..
demi menjauh dari kesusahan..
demi menjauh dari penipuan..
ilmu itu bisa menjadi senjata seorang insan..
demi melawan syaitan yg direjam..
ingatkah engkau pada kalam rasul junjungan...?
"barangsiapa keluar menempuh jalan bg menuntut ilmu
allah akan mudahkn jalannya ke syurga"


perjuangan ilmu  amat dituntut dalam kehidupan..
pesanan itu bukan utk menyusahkn..
bahkan mengangkat darjat kemuliaan menyenangkn masa hadapan..
mencerahkan  kala kegelapan..
menunjukkan  kala kebuntuan..
meleraikan kala kebelengguan..



tidakkah engkau tahu wahai teman..
bahawa ilmu bisa membezakan yg jahil dan yg berpengetahuan..
bisa membawa ke syurga impian insan..
kalam pesuruh tuhan dijadikan pedoman..
"jika engkau inginkan dunia tuntutlah ilmu
jika engkau inginkan akhirat tuntutlah ilmu
jika engkau inginkan keduanya maka tuntutlah ilmu"


maka itu wahai teman..
titiplah kehatimu pesan junjungan..
kalam siapa yg harus kau ikutkan..
sedangkan dia contoh terbaik insan..


wahai rakan sperjuangan...carilah ilmu pengetahuan..
meski ilmu keduaniaan mahupun ilmu selepas kematian..
hiaslah hatimu dengan cahaya ilmu serta keimanan..
sinari hidupmu dengan pengajian..
terangkan sukmamu yg kegelapan..
biarkan ilmu menjadi penyuluh kehidupan..


ingatlah wahai rakan seperjuangan..
dua insan dalam harapan..
mengharap permatanya dalam kejayaan..
tidakkah engkau  ingat mereka yg kelelahan..
mengajarmu erti kehidupan..
mahukah engkau biar mereka dalam kekecewaan..
mahukah engkau wahai teman.. biar mereka dalam kesedihan..
memikirkan mutiara mereka dalam kegagalan..




bagaimana mungkin kau sanggup melukakan..
sedangkan mereka  membesarkanmu dengan penuh keikhlasan..
meski lelah namun masih mengukir senyuman..
walau berat namun tetap meneruskan..
hanya demi insan yg tersayang..



wahai teman ..
jika umurmu melebihi kebiasaan..
itu bukan sesuatu yg kukuh utk dijadikan alasan..
kerana proses pembelajaran tiada pengakhiran..
 sekali lagi ku titipkan buatmu bicara nabi akhir zaman..
"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"..
mengertikah engku apa yg cuba ku katakn..?
tiada apa yg bisa menjadi penghalang..
meski umurmu sudah cukup mematangkn diri seorang insan..


tuntutlah ilmu demi suruhan aRrahman..
tuntutlah ilmu demi rasul junjungan..
tuntutlah ilmu  demi keimanan..
tuntutlah ilmu demi seyuman dua insan..
tututlah ilmu demi masa hadapan..
tuntutlah ilmu demi redho allah  tuhan yg menciptakan..
tuntutlah ilmu..nescaya kejayaan dalam genggaman..:)
*~islam itu indah senyun itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)

Friday 20 April 2012

anak kecil itu


Langit yg dulu cerah kini mendung tanpa suria..
Tanah yg subur kini tandus tiada bernyawa..
Tiang-tiang tegak berdiri kini roboh tersungkur meninggalkn tanda..
Burung berkicau hilang merdunya tiada berirama..
Rama-rama berterbangan hilang warnanya..
Bunga yg mekar kini layu x menghiasi dunia..




Yg ada hanya persengketaan dan mayat yg bergelimpangan..
Yg tinggal cuma tangisan dan jeritan..
Luntur semua kasih sayang dan persaudaraan..
Tergadailah maruah dek janji perakus keamanan..
Terhakis sudah akhlak dan kesetiaan..
Tiada lg keamanan..
Yg tinggal cuma kenangan..kehancuran..




Anak  kecil terjaga dari lena yg panjang.
Mengelap air mata sendirian..
Ibunya disisi terkaku kebisuan..
Anak kecil itu kebingungan menunggu ibunya bangun dari kematian..
sedang dirinya terlalu kecil utk mengerti kematian..




Terjelupuk disudut penantian mengharap pulangnya kebahagiaan..
Kepulangan ayah dinanti bersama tangisan..
Jeritan batin si kecil tiada kedengaran..
Hanya air mata peneman seharian..




Perut berkeroncong menandakan kelaparan..
berharap ada yg menyuapkan..
tangisan demi tangisan..
namun kebahagiaan tidak bertandang..
kepulangan ayah terus dinanti dlm penantian yg panjang..



tubuh longlai keluar dari tempat penantian..
cuba mencari si ayah yg tidak pulang..
namun kudrat tidak mengizinkan..
dek kelaparan tidak menjamah sebarang makanan..
terjatuh sujud kebumi yg tiada keamanan..



 dimana cinta dimana sayang..
yg mampu menghilangkan kesedihan..
yg mampu mengukir sebuah senyuman..
yg mampu memberi ketenngan..




dibumi anak kecil itu hanya kehancuran..
dunianya dihiasi dendam perancang kekejaman..
dunianya berirama tangisan dan letupan serta tembakan..
pejuang keamanan pergi tidak pulang..
bersama hasrat utk menuntut kebebasan..
naamun apakan daya ..tiada kecanggihan utk melawan..



Yg menjadi mangsa itu anak kecil dan wanita..
tidak berdosa lagi tidak berdaya..
disentap maruah mereka..
anak kecil itu menyaksikan semuanya..




adakah itu yg harus dilihat ?
adakah itu yg harus berlaku?
dimana kamu wahai saudara seagama?
dimana semua pejuang?
bila akan berakhir semua?
bila akan muncul bahagia?
bila akn muncul bantuan?



soalan demi soalan..
menerjah fikiran...
hanya doa dan harapan..
yg bisa dititpkan...semoga pengakhiran bertemu kebahagiaan..
sabarlah dalam doa dan harapan .
wahai anak kecil yg mengharapkn kebebasan..:')



*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...