expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 25 April 2012

berjuang dimedan ilmu


duhai teman duhai rakan seperjuangan..
ilmu itu harus ada pada seoang insan..
demi menjauh dari kesusahan..
demi menjauh dari penipuan..
ilmu itu bisa menjadi senjata seorang insan..
demi melawan syaitan yg direjam..
ingatkah engkau pada kalam rasul junjungan...?
"barangsiapa keluar menempuh jalan bg menuntut ilmu
allah akan mudahkn jalannya ke syurga"


perjuangan ilmu  amat dituntut dalam kehidupan..
pesanan itu bukan utk menyusahkn..
bahkan mengangkat darjat kemuliaan menyenangkn masa hadapan..
mencerahkan  kala kegelapan..
menunjukkan  kala kebuntuan..
meleraikan kala kebelengguan..



tidakkah engkau tahu wahai teman..
bahawa ilmu bisa membezakan yg jahil dan yg berpengetahuan..
bisa membawa ke syurga impian insan..
kalam pesuruh tuhan dijadikan pedoman..
"jika engkau inginkan dunia tuntutlah ilmu
jika engkau inginkan akhirat tuntutlah ilmu
jika engkau inginkan keduanya maka tuntutlah ilmu"


maka itu wahai teman..
titiplah kehatimu pesan junjungan..
kalam siapa yg harus kau ikutkan..
sedangkan dia contoh terbaik insan..


wahai rakan sperjuangan...carilah ilmu pengetahuan..
meski ilmu keduaniaan mahupun ilmu selepas kematian..
hiaslah hatimu dengan cahaya ilmu serta keimanan..
sinari hidupmu dengan pengajian..
terangkan sukmamu yg kegelapan..
biarkan ilmu menjadi penyuluh kehidupan..


ingatlah wahai rakan seperjuangan..
dua insan dalam harapan..
mengharap permatanya dalam kejayaan..
tidakkah engkau  ingat mereka yg kelelahan..
mengajarmu erti kehidupan..
mahukah engkau biar mereka dalam kekecewaan..
mahukah engkau wahai teman.. biar mereka dalam kesedihan..
memikirkan mutiara mereka dalam kegagalan..




bagaimana mungkin kau sanggup melukakan..
sedangkan mereka  membesarkanmu dengan penuh keikhlasan..
meski lelah namun masih mengukir senyuman..
walau berat namun tetap meneruskan..
hanya demi insan yg tersayang..



wahai teman ..
jika umurmu melebihi kebiasaan..
itu bukan sesuatu yg kukuh utk dijadikan alasan..
kerana proses pembelajaran tiada pengakhiran..
 sekali lagi ku titipkan buatmu bicara nabi akhir zaman..
"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"..
mengertikah engku apa yg cuba ku katakn..?
tiada apa yg bisa menjadi penghalang..
meski umurmu sudah cukup mematangkn diri seorang insan..


tuntutlah ilmu demi suruhan aRrahman..
tuntutlah ilmu demi rasul junjungan..
tuntutlah ilmu  demi keimanan..
tuntutlah ilmu demi seyuman dua insan..
tututlah ilmu demi masa hadapan..
tuntutlah ilmu demi redho allah  tuhan yg menciptakan..
tuntutlah ilmu..nescaya kejayaan dalam genggaman..:)
*~islam itu indah senyun itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Casino and 경주 출장마사지 Spa. 2. Borgata Hotel Casino & Spa · 익산 출장마사지 3. Borgata Hotel Casino & Spa. Borgata 파주 출장안마 Hotel Casino & Spa Rating: 4.1 · 충청북도 출장마사지 ‎2 여주 출장샵 votes

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...