expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 27 April 2012

air mata seorang insan


gelapnya dunia seakan memakan diri  yg kelemahan..
langit yg kebiruan..dilihat samar tiada warna keceriaan..
putihnya awan dilihat mendung tiada keindahan..
kicauan burung seolah mendendang lagu kesedihan..
semakin cuba dilupakan..
semakin deras air mata jatuh berguguran..
perihnya jiwa cuba menyembunyikan..
cuba tersenyum dalam keperitan..
namun mata x mampu menipu seorang insan..
tergambar segala kepedihan..


seluruh dunia menafikan..
seluruh dunia menidakkan..
seluruh dunia meninggalkan..
tiada yg tertinggal menusuk perasaan..
masih gigih cuba mengukir senyuman..
namun hati tidak tertahan..
kembali terperuk bersama tangisan..
menanggung fitnah bersama tuduhan..



jiwa menjerit mohon kepercayaan..
namun jeritan hati tiada kedengaran..
harapan disandar kepada insan kesayangan..
yg bergelar keluarga dan teman..
namun mata tidak bisa melihat kebenaran..
oleh palsu fitnah dan tunduhan..



sedang dunia bergelak tawa..
seakan waktu terhenti tiada daya..
seakan aku lupa erti ketawa..
seakan kulupa erti bahagia..
jatuh tersungkur segala kekuatan dijiwa ..
terkulai lemah keteguhan sukma
dek tuduhan insan penuh kebencian didada..



bagaimana mungkin utk meneruskan..
bila insan kesayangan turut membenarkan tuduhan..
begitu kuat tamparan dirasakan..
menghempas kehidupan seharian..
hilang semua kekuatan..
hancur semua kepercayaan..
luluh jiwaku kehampaan..
tersedu sendirian tiada berteman..



namun..dalam kepedihan jiwa..
ku temui satu cahaya..
cahaya yg telah lama dinantikan..                                                             
bertasbih hati di malam syahdu kegelapan..
lidah menyusun barisan madah kepada arRahman..
lantas ketenangan merusup masuk ke hati yg kelelahan..
tersingkap semua keindahan..
dalam berserah kepada pemberi ampunan



hidup diteruskan dalam tomahan..
setelah sekian  lama masa diperuntukkan.
utk menghadapi mehnah dalam tuduhan..
meski perit ku iringkan bersama kekuatan..
datangnya dari allah..tuhan sekalian insan..
dkirimkan buatku kesabaran..
namun air mata tetap setia meneman..
kala jiwa ditusuk pedang tomahan..



terlalu sulit utk ku lupakan..
terlalu payah utk ku maafkan..
meski kau sudah menerima balasan..
hampir kehilangan semua keindahan..
namun hati belajar merelakan..
mungkin tuhan ingin memberi pelajaran..
agar bijak dalam memberi kepercayaan..



kususun langkah meniggalkan segala kesedihan..
ku bina segala kekuatan demi kebenaran..
walau hati masi terkilan..
dua insan masih membenarkan segala tuduhan..
tiada yg memperjuangkan kebenaran dalam kezaliman..



kemaafan tidak meniti dibibir peragut kepercayaan insan..
namun diri bukan sepertimu duhai insan..
tetap merelakan dalam erti kemaafan..
walau peritnya tidak bisa digambarkan..
terima kasih kuucapkan..
ku temui cahaya dalam lemparan tuduhan..
berharap engkau juga temui cahaya keredhoaan..:')






*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...