expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 22 July 2012

ramadhan tiba ramadhan tiba..usah dicalar dosa


assalamualaikum..

.
syaaban telah melabuhkan tirainya..
buat menyambut kedatangan bulan yg mulia..
ramadhan telah tiba buat kita..
membawa seribu rahmat dan maghfirahnya..
untuk diragut dengan sepuasnya..
untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya..
buat hamba yg merindukan keredhoaannya..
pasti dinanti-nanti ramadhan tiba..


"wahai orang-orang yang beriman  diwajibkan keatas kamu berpuasa..
sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
-albaqarah 183-



bulan ramadhan diwajibkan buat umat muhammad berpuasa..
dan kita sedia maklum tentang wajibnya berpuasa pada bulan tersebut..
namun kita sering terlupa puasa bukan sahaja utk menahan lapar dan dahaga..
puasa juga utk menahan nafsu dari melukakan jiwa manusia..
menahan diri dari mengumpat dan mengata manusia..
jangan lah kita calari puasa dengan dosa-dosa.
dan jangan pula berkata dusta..
sesungguhnya amalan itu hanya sia-sia dan membawa ke neraka..
sehingga puasa itu sekadar mendapat lapar dan dahaga..



sebagaimana sabda nabi muhammad s.a.w.
"barangsiapa yg tidak meninggalkan  perkataan dusta malah mengamalkannya..
maka allah tidak berhajat kepada rasa lapar dan haus yg dia tahan(puasa)"
(H.R bukhari)




kita seringkali diuji tahap kesabaran pada bulan yg mulia..
semasa lapar adalah saatnya kita lebih mudah untuk marah apabila disakiti..
meski pun kita disakiti namun rasul allah itu melarang kita dari membalasnya.
kerana puasa adalah madrasah buat kita belajar agar lebih sabar..
dan megajar kita menahan nafsu amarah yg tersimpan disudut setiap jiwa..
saya juga tidak menafikan saya hamba yg lemah..
namun selepas teguran demi teguran oleh umi saya..katanya..
"puasa ke tak ni?sabar sabar..nanti kurang pahala"
terdetik dihati saya"ya allah sesungguhnya syaitan telah diikat..namun aku masih menurut bisikannya.."
saya masih lagi berusaha untuk lebih sabar dan menjadi hamba yg lebih sejuk hatinya..
baginda telah tinggalkan sunnahnya buat kita..
bukan sekadar didengar buat menyinari jiwa..
namun ia ditinggalkn utk diteladani dengan sebaiknya..


"apabila salah seorang dari sekalian kamu berpuasa..maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak..
bila dicela orang lain atau dimusuhi..maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa.."


sahur..sahur..
adakah anda bersahur?
setiap kali tiba waktu sahur umi atau abah pasti akan kejutkan anak-anaknya..
utk mendapatkan berkat yg dimaklumkan oleh nabi muhammad..

dari Anas r.a, rasullah s.aw. bersabda yg bermaksud:
"bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat"
(H.R bukhari,muslim,ahmad,tirmizi,nasai dan ibnu majah)


berdasarkan hadis diatas adalah sunnah buat kita bersahur terlebih dahulu..
terdapat berkat didalamnya..
malah ia juga dapat mengurangkan lapar kita semasa berpuasa berbanding mereka yg tidak bersahur..
tenaga itu boleh digunakan untuk beramal soleh dan beribadat padanya..
bukannya berpuasa hanya untuk tidur semata mata..
namun sahur yg dilakukan nabi adalah waktu hampir subuh..
bukannya dua tiga pagi buta..:)



di bulan yg mulia ini kita digalakkan untuk melipat gandakan amalan kita..
dan salah satu jalannya adalah bersedekah..
rasullullah amat menggalakkan kita utk bersedekah..
walau sedakah itu cuma sebelah kurma..
berdasarkan hadis baginda..

"siapa yg sanggup mendinding dirinya dari api neraka.walaupun dengan (bersedekah)sebelah kurma..maka hendaklah dia lakukan(segera)"

ia bukan saja dapat mendinding kita dari api neraka ..
namun dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara saudara..
ayuh ringankan tangan untuk menghulur..
sehingga  tangan kiri tidak sedar apa yg dihulurkan tangan kanan..:)
hebatnya jika kita seperti itu..
insyaallah sekiranya ikhlas sebelah kurma juga akan membawa kita ke syurga..
dengan redho allah terhadap kita..


banyak lagi amal yg kita boleh lakukan untuk merebut dan 'merompak' pahala
dengan sebaiknya di bulan yg terdapat satu malam yg amat istimewa..
jadi marilah kita perbanyakkan zikir tadarus dan sedeqah...
dan jangan pula kita kikis pahala yg tersedia dengan melakukan..
hal yg dilarang allah hingga tiada yg tinggal utk kita kecuali murka yg esa..
aurat harus dijaga ketika melangkah keluar rumah..
ketika keluar ke bazar usahlah hanya memakai baju tidur atau lengan pendek
aurat harus jaga dimana-mana..dibazar juga tidak dikecualikan..
biar bersusah didunia asal tidak susah di akhirat sana..
dan telinga mata juga harus dipelihara..
jika dijaja sebuah cerita..usah didengar..
katakn saja. sesungguhnya aku berpuasa..


"banyak orang berpuasa..namun hanya menghasilkan lapar dan dahaga"
(H.R at thabrani)



"sesiapa yg tidak berniat puasa sebelum terbit fajar ..maka tidak ada puasa baginya.."
(H.R abu daud)


ini doa buat mereka yg masih lagi tidak tahu doa berbuka dan niat puasa
namun yg sudah tahu jangan lupa mengamalkannya..usah kerana terlalu lapar hilang satu pahala di bulan yg mulia..:)



selamat berpuasa dan selamat berjuang mendapat malam lailatul qadar..:)

menitis air mata ku kesedihan..
mengharap ramadhan mempertemukan..
sebuah malam dambaan insan..
semoga harapan menjadi kenyataan..
buat hamba yg menantikan..

*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...