expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 15 July 2012

islamkan dirimu yg sudah islam


bissmillahirrahmanirrahimm..
atas nama allah aku memulakan sebuah tulisan utk dibaca..
dalam mencari redhonya aku berkata-kata..
moga rahmatnya aku bisa menyampaikan sebuah bicara..



islamkah kita wahai manusia?
islamkah kita melalui kata-kata..
sedangkan setiap masa..
mulut berbicara dusta..
bibir menghina saudara..
lidah menikam jiwa seagama..
yg lemah dicaci dihina..
yg miskin dibenci dikata..




islamkah kita wahai teman?
islamkah kita melalui pakaian ..
sedangkan berpakaian seharian...
tidak menutup aurat perempuan..
menunjukkan semua yg harus disembunyikan..
tidak menutup aurat mengikut ajaran..
mendedahkan lutut demi satu permainan..



islamkah kita wahai insan?
islamkah kita melalui fikiran?
sedangkan janji allah dilupakan..
rezeki allah dipersoalkan..
takdir allah disalahkan..
bukti kebesaran allah tidak difikirkan..
cinta allah disia-siakan..




islamkah kita wahai ummat muhammad?
islamkah kita saat mentaati suruhanNya..
sedangkan solat dilengah -lengahkan
kadang lalai hingga tidak menunaikan....
zakat tidak dipedulikan..
seolah tiada harta utk dikongsikan..
namun makanan dibuang tidak tertelan..
puasa ditinggalkan tanpa sebarang keuzuran..
alquran jauh sekali utk didengarkan..
malah merangkak utk menuturkan..




islamkah kita wahai khalifah dunia?
islamkah kita saat dilarang tuhan..
sedangkan bercinta berpegangan tangan..
berkawan hingga berdua-duan..
ibu ayah di marah disakitkan..
suami tidak dihormat malah diaibkan..
istri dipukul tanpa belas kasihan..
anak-anak dibiar berbuat hal yg memalukan..




 islamkah kita wahai saudara?
islamkah kita saat berjiran..
sedangkan jiran dalam kesusahan dibiarkan..
malah tidak dipedulikan..
bertegur hanya ketika menyambut perayaan..
saat ditegur kesalahan kita mengherdik melukakan perasaan..
saat diambil berat kita malah mengatakan..
"jangan jaga tepi kain orang"




islamkah kita wahai kawan?
islamkah kita tika diamanahkan..
sedangkan saat ditugaskan mengambil kesempatan..
dikongsikan rahsia kita membocorkan..
diberi kuasa namun menyalalahgunakan..
istri disisi tidak diajar ilmu keagamaan..
membiar dia melakukan kesalahan..
tidak menutup aurat tidak dikisahkan..
malah menggalakkan..




islamkah dirimu?
adakah sekadar islam dinama atau di kad pengenalan?
islamkanlah dirimu yg sudah islam..
dengan mengikut sunnah dan alquran..
islamkanlah dirimu yg sudah islam..
dengan mengamalkan islam yg sebenar..
islamkanlah dirimu yg sudah islam..
dengan mentaati suruhan dan menjauh dari larangan tuhan..
islamkanlah dirimu duhai insan..









*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)




1 comment:

  1. emh x sangka ada blog ,,,,, dakwah lak 2 ,,,, suka2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...