expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 2 July 2012

cermin diri seorang hamba




manusia berlegar diperhati..
diteliti setiap tingkah insani..
setiap keburukan terzahir di mata hati..
dia dicaci di dalam hati..
dia dibenci tanpa dikenali..


kelemahan manusia lain sering diungkapi..
sedang cermin diri tidak pernah diperhati..
kerna terlalu asyik menghakimi keburukan insani..


diri terasa begitu sempurna..
kerna tidak melakukan keburukan sedemikian rupa..
namun tidak sedar diri sedang dibuai dosa..
menghakimi dan mengata..
adakah itu bukan kelemahanmu jua?


lalu mengapa dibiar sahaja..
lalu mengapa melihat sahaja.?.
lalu mengapa menghakimi dia..?
lala mengapa mengata dia..?
lalu mengapa tidak dekati dia..?



ohh diri lihatlah pada cermin diri seorang hamba..
dirimu juga tidak sempurna..
mengapa asyik teruja melihat dunia..
mengapa diperkata lemahnya manusia..
mengapa dicari buruknya jiwa manusia..



jangan biar gelapnya kabus terus menutup cerminmu..
hingga tidak bisa menilai dirimu..
kau juga banyak keburukan..
kau juga banyak kelemahan..
kau juga berbuat kesalahan..


usahlah hanya membenci buruknya dia..
tanpa kau mengusahakn apa-apa..
usahlah hanya membenci salahnya dia..
namun kau juga tidak kurang beza..


gilaplah cerminmu agar bisa terus bermuhasabah..
jangan biar ditutup gelapnya kabus pemusnah..
lihtlah disitu berapa calar yg telah ada..
lihatlah disitu berapa noda yg telah ada..
lihatlah disitu berapa dosa yg telah ada..
lihatlah disitu betapa buruknya jiwa..
lihatlah disitu betapa hitamnya sukma..
lihatlah...lihatlah..





tangisilah cermin dirimu..
calarnya tidak terkira..
kaburnya tidak terkata..
sedarilah gelap hatimu..
hitam tidak bercahaya..
kusam tidak berwarna..



oh manusia..cerminlah dirimu sebagai hamba..
muhasabahlah dari pantulannya..
usah hanya diperhati lemah saudara seagama..
telitilah dirimu jua..
selidikilah hatimu jua..
agar diri tidak terlena..
melayar bahtera menuju negara yg kekal selamanya..





*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~* :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...